19 Nov 2023

Nilai Kerisauannya

LIDAH 
***
Kiri kanan hentakan kaki berjalan, 
Aduh sakitnya kaki terasa, 
Mulut terucap keluhan kedengaran, 
Rupanya hanyalah cebisan rasa. 

Pedih di pipi kemerahan dilihat, 
Bengkak tersara hanyalah luaran, 
Sabar terdetik harap selamat, 
Nilai dibuat penentu pilihannya. 

Sedih hidup sebahagian kehidupan sabarlah kita selagimana kita mampu. Sabar, redho &berbudi bahaslah pilihan terbaik. 
*** NaSyat


18 Nov 2023

Sedarlah Kita

***
Setiap kesalahan dilakukan seseorang pasti hinaan dan makian dihalalkan tanpa kita sedar. Kelemahan yang dilihat pagi petang malam hanya sisi luarannya. 

Kita perlu sedar setiap tomahan kita lafaskan ialah ujian bagi kita. Setiap penilaian kita terhadapnya menunjukkan bertapa cerdas kita dalam menilaikan sesuatu. 

Sedarlah wahai diri hakikatnya setiap nilai yang kita pilih baik mahupun buruk adalah pendirian kita. Pendirian yang kita tetapkan selagi memberi manfaat kepada diri & sekeliling itu yang terbaik. 
***
SABARLAH


8 Nov 2023

Jawapan Terbaik

Kenapa kadang-kadang kita tertanya soalan yang tiada jawapan,  malah soalan terlalu mudah berkaitan orang sekeliling kita. Kehairanan keputusan yang dibuat bagi kita tidak perlu. 

Hakikat hidup ini sesuatu diluar jangkaan kita tanpa disedari.  Pilihan orang sekeliling kita bagi mereka adalah terbaik sebenarnya berlawan dengan kehendak sebenar.

Belajar menerima pendapat orang sekeliling kita. Penerimaan pendapat bukan bermaksud kita setuju dengan sepenuh hati.  Sebenarnya kita yang menilai dan membuat keputusan terbaik berdasarkan maklumat yang disampaikan olehnya .

Tetapkan Pendirian

Hakikatnya bukan mudah mempertahankan kehendak diri. Orang sekeliling kita tidak semestinya mempercayai apa yang dikatakan, malah luahan perasaan hati. 

Segala penat lelah yang kita lalu tidak dapat dirasai oleh sesiapa. Pilihan kita percayalah pada kehendak diri sendiri dan pastikan pilihan yang dibuat adalah terbaik. 

Peringatan terbaik janganlah membuat keputusan yang tergesa yang memakan diri sendiri. Sabar dan rancangan sesuatu dengan sebaik mungkin, percayalah segala pilihan akan ada hasil terbaik yang mendatang.