13 Dis 2023

Bekerja Keras

Rezeki
******
Duit segalanya dalam kehidupan kedepan dan sekarang. Menafi realiti ini kesilapan terbesar dalam hidupnya. Berjuta alasan & keluhan cukup membuktikan bukan mudah mendapatkan ia. 

Tekanan sekeliling sebenarnya membantu kita menjadi lebih baik. Penerimaan sesuatu bergantung pemikiran kita dalam menilai baik mahupun sebaliknya. 

Belajar dalam memaksakan diri untuk berkerja walaupun halangan yang dicipta terjadi. Hasilnya perlukan usaha dan tabah kita dalam mengubahnya. 

***NaSyat****









Pandangan Terbaik

Cinta Hati
***
Cinta terindah diharapkan dengan harapan yang diimpikan.  Segala yang terbaik diharapkan dari perasaan yang diciptakan diri sendiri. Penat malah sakit dirasakannya hakikat kebahagiaan yang diharapkan. 

Percintaan yang berlaku ibaratkan seperti duri pada batang bunga rose. Indah dilihat malah wangian mewangi segala nikmat terbaik luaran. Malang tanpa kesabaran dan ketelitian yang terbaik, sakit yang akan diterima. 

Percayalah kebahagiaan dilihat perlukan masa, kerjasama & kesabaran yang tinggi dalam menghadapi dengan sebaiknya. Bertahanlah sebaik mungkin rezeki terbaik dariNya. 

****NaSyat... 

19 Nov 2023

Nilai Kerisauannya

LIDAH 
***
Kiri kanan hentakan kaki berjalan, 
Aduh sakitnya kaki terasa, 
Mulut terucap keluhan kedengaran, 
Rupanya hanyalah cebisan rasa. 

Pedih di pipi kemerahan dilihat, 
Bengkak tersara hanyalah luaran, 
Sabar terdetik harap selamat, 
Nilai dibuat penentu pilihannya. 

Sedih hidup sebahagian kehidupan sabarlah kita selagimana kita mampu. Sabar, redho &berbudi bahaslah pilihan terbaik. 
*** NaSyat


18 Nov 2023

Sedarlah Kita

***
Setiap kesalahan dilakukan seseorang pasti hinaan dan makian dihalalkan tanpa kita sedar. Kelemahan yang dilihat pagi petang malam hanya sisi luarannya. 

Kita perlu sedar setiap tomahan kita lafaskan ialah ujian bagi kita. Setiap penilaian kita terhadapnya menunjukkan bertapa cerdas kita dalam menilaikan sesuatu. 

Sedarlah wahai diri hakikatnya setiap nilai yang kita pilih baik mahupun buruk adalah pendirian kita. Pendirian yang kita tetapkan selagi memberi manfaat kepada diri & sekeliling itu yang terbaik. 
***
SABARLAH


8 Nov 2023

Jawapan Terbaik

Kenapa kadang-kadang kita tertanya soalan yang tiada jawapan,  malah soalan terlalu mudah berkaitan orang sekeliling kita. Kehairanan keputusan yang dibuat bagi kita tidak perlu. 

Hakikat hidup ini sesuatu diluar jangkaan kita tanpa disedari.  Pilihan orang sekeliling kita bagi mereka adalah terbaik sebenarnya berlawan dengan kehendak sebenar.

Belajar menerima pendapat orang sekeliling kita. Penerimaan pendapat bukan bermaksud kita setuju dengan sepenuh hati.  Sebenarnya kita yang menilai dan membuat keputusan terbaik berdasarkan maklumat yang disampaikan olehnya .

Tetapkan Pendirian

Hakikatnya bukan mudah mempertahankan kehendak diri. Orang sekeliling kita tidak semestinya mempercayai apa yang dikatakan, malah luahan perasaan hati. 

Segala penat lelah yang kita lalu tidak dapat dirasai oleh sesiapa. Pilihan kita percayalah pada kehendak diri sendiri dan pastikan pilihan yang dibuat adalah terbaik. 

Peringatan terbaik janganlah membuat keputusan yang tergesa yang memakan diri sendiri. Sabar dan rancangan sesuatu dengan sebaik mungkin, percayalah segala pilihan akan ada hasil terbaik yang mendatang. 


23 Mei 2023

Kunci Berkata-kata

Bibir 

Panahan, belaian, ketegasannya adalah kunci lahirkan jati diri lebih berharga. Terdiam kata bukan hinaan akal berfikir ruang terisi. 

Tanpa didengar, jawapan ditekankan memberi masuk yang pelbagai, ada yang betul ada yang salah kasih diberi bimbingan dihati. 

Cabaran harian bagaikan ancaman serta hinaan hakikatnya tidak, memberi peluang berfikiran matang dalam hadapi jawapan yang perbagai. 

*** 
Bertutur, berkata penderitaan hidup jangan terulang titisan yang sama, ucapan dan lafas permata kita perbaiki kata berharganya dia. 
***
#nasyat





22 Mei 2023

Penyegar Udara

Hidung
Hembusan lembut seakan keluhan,  lelah menimpa, badan merana. Nafas disedut hilanglah kisah derita yang menimpa. 

Hidup manusia perlu kan udara,  mempunyai pelbagai jenis, sifatnya dan keahlian. Habuk dan wap air sebahagian ia memberi kesan yang berbeza.

Perbuatan, pergerakkan seakan udara, baik dan buruk ada padanya, roda hidup sebegitu rupanya saling melengkapi hingga penamat. 

***
Kaki menghentak seakan manusia tanpa ku sedar itu binatang bersangka baiklah kepada insan itulah lumrah alam
***
#nasyat





Sinaran Cahaya

MATA


Anugerah pemberian tidak terhitung keagungannya, kehebatan ,pancaran nikmat yang infinite dalam hidup manusia. 

Hakikatnya,penerima terhebat itu tetap mencari sinar yang sentiasa bersinar dihadapannya dengan pancaran yang bergelita. 

Fahamilah,setiap kesakitan beracun yang kita lalui bukan pengakhiran dalam usaha malah penawar dan penawar terbaik bagi racun yang bakal dihadapi. 

***
Cahaya menghilang gelap pun tiba, lelah dan ujian berhubung waktunya. Sabar dah tabah penawar hidup. 
***
#nasyat

21 Mei 2023

Hargailah Diri


💗💚

Diri
Berapa umur anda.? -Biarlah rahsia-
Adik, kakak ,abang, miss atau puan sekalipun umur setiap manusia tetap berbeza-beza ada yang berbeza tahun, bulan, hari, jam mahupun sesaat. 

Sikap serta sifat-sifat yang terbentuk dalam diri kita semua hasil dari pemahaman, penelitian, penilaian kita daripada persekitaran sepanjang hidup masing-masing. 

Pilihan terbaik adalah memahami kehendak hati, kewarasan akal, kelembutan adap manusia serta pengakhiran yang berharga. 

***
Jangan sesekali memandang lemah / hina seseorang yang kita temukan,  sesungguhnya dia harta yang perlu kita cungkil nilai tertingginya 
***
#nasyat