3 Jan 2024

Permulaan Berliku

***Permulaan Berliku***


***NaSyat***





Pejamkan Matamu

***Pejamkan Mata***
Tenangkan fikiran dalam usaha mencapai ketenangan diri, segala usaha yang dicipta bukanlah sesuatu yang pasti. 

Perjuangan adalah usaha dalam mencapai matlamat yang kita impikan. Pastikan langkah dilalui adalah terbaik. 

Ingatkan perjuangan ini pasti ada cacat celanya tanpa diharapkan. Tetaplah melangkah dalam mencapainya. 

***NaSyat***


13 Dis 2023

Bekerja Keras

Rezeki
******
Duit segalanya dalam kehidupan kedepan dan sekarang. Menafi realiti ini kesilapan terbesar dalam hidupnya. Berjuta alasan & keluhan cukup membuktikan bukan mudah mendapatkan ia. 

Tekanan sekeliling sebenarnya membantu kita menjadi lebih baik. Penerimaan sesuatu bergantung pemikiran kita dalam menilai baik mahupun sebaliknya. 

Belajar dalam memaksakan diri untuk berkerja walaupun halangan yang dicipta terjadi. Hasilnya perlukan usaha dan tabah kita dalam mengubahnya. 

***NaSyat****









Pandangan Terbaik

Cinta Hati
***
Cinta terindah diharapkan dengan harapan yang diimpikan.  Segala yang terbaik diharapkan dari perasaan yang diciptakan diri sendiri. Penat malah sakit dirasakannya hakikat kebahagiaan yang diharapkan. 

Percintaan yang berlaku ibaratkan seperti duri pada batang bunga rose. Indah dilihat malah wangian mewangi segala nikmat terbaik luaran. Malang tanpa kesabaran dan ketelitian yang terbaik, sakit yang akan diterima. 

Percayalah kebahagiaan dilihat perlukan masa, kerjasama & kesabaran yang tinggi dalam menghadapi dengan sebaiknya. Bertahanlah sebaik mungkin rezeki terbaik dariNya. 

****NaSyat... 

19 Nov 2023

Nilai Kerisauannya

LIDAH 
***
Kiri kanan hentakan kaki berjalan, 
Aduh sakitnya kaki terasa, 
Mulut terucap keluhan kedengaran, 
Rupanya hanyalah cebisan rasa. 

Pedih di pipi kemerahan dilihat, 
Bengkak tersara hanyalah luaran, 
Sabar terdetik harap selamat, 
Nilai dibuat penentu pilihannya. 

Sedih hidup sebahagian kehidupan sabarlah kita selagimana kita mampu. Sabar, redho &berbudi bahaslah pilihan terbaik. 
*** NaSyat


18 Nov 2023

Sedarlah Kita

***
Setiap kesalahan dilakukan seseorang pasti hinaan dan makian dihalalkan tanpa kita sedar. Kelemahan yang dilihat pagi petang malam hanya sisi luarannya. 

Kita perlu sedar setiap tomahan kita lafaskan ialah ujian bagi kita. Setiap penilaian kita terhadapnya menunjukkan bertapa cerdas kita dalam menilaikan sesuatu. 

Sedarlah wahai diri hakikatnya setiap nilai yang kita pilih baik mahupun buruk adalah pendirian kita. Pendirian yang kita tetapkan selagi memberi manfaat kepada diri & sekeliling itu yang terbaik. 
***
SABARLAH


8 Nov 2023

Jawapan Terbaik

Kenapa kadang-kadang kita tertanya soalan yang tiada jawapan,  malah soalan terlalu mudah berkaitan orang sekeliling kita. Kehairanan keputusan yang dibuat bagi kita tidak perlu. 

Hakikat hidup ini sesuatu diluar jangkaan kita tanpa disedari.  Pilihan orang sekeliling kita bagi mereka adalah terbaik sebenarnya berlawan dengan kehendak sebenar.

Belajar menerima pendapat orang sekeliling kita. Penerimaan pendapat bukan bermaksud kita setuju dengan sepenuh hati.  Sebenarnya kita yang menilai dan membuat keputusan terbaik berdasarkan maklumat yang disampaikan olehnya .